Thursday, July 23, 2009

kereta ku......

ni kete aku yg terbaru..(baru ker...hehehehhe)..aku beli tahun lepas..SAGA BLM..1.3cc..tp aku tak rajin nak cuci kete...hubby aku mmg rajin...dia tak suka kete ni nmpk kotor..jd dia la yg selalu cuci kete..aku ngn umairah tau wat smph jer..hehehehhe...


ni kereta pertama yang aku beli..perodua kancil..850cc..tapi la ni aku tak guna lagi kete ni.abg aku yg guna...sayang beb kat kete ni..byk kenangan kat kete ni..sbb tu aku pesan kat abg aku..jg kete ni bebaik...

Syaaban

Kelebihan Malam Bulan Syaaban.

Telah diriwayatkan dari Abi Nashrin bin Sa’id dari Rasulullah SAW: “Pada malam 13 bulan Syaaban Jibril AS telah datang kepadaku dengan berkata: “Wahai Muhammad, bangunlah dan kerjakanlah solat tahajjud supaya kamu dapat meminta apa yang kamu kehendaki untuk umat kamu.”
Setelah berkata demikian maka Jibril AS pun pergi, lalu Rasulullah SAW pun bangun mengerjakan solat Tahajjud.
Setelah itu Jibril AS datang pada waktu Subuh berjumpa dengan Rasulullah SAW dengan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepadamu 1/3 umatmu.”
Rasulullah SAW menangis apabila diberitahu Jibril AS bahawa hanya 1/3 sahaja yang diberikan. Maka baginda pun berkata: “Wahai sahabatku Jibril AS katakan kepadaku tentang 2/3 umatku yang lain.” Berkata Jibril AS: “Ya Muhammad, aku tidak tahu.” Setelah berkata demikian maka Jibril AS pun pergi.
Pada malam kedua Jibril AS datang lalu mengejutkan Rasulullah SAW sambil berkata: “Wahai Muhammad bangunlah dan kerjakan solat tahajjud. Lalu Rasulullah SAW pun bangun mengerjakan solat Tahajjud.
Pada waktu Subuh Jibril AS datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepadamu 2/3 umatmu.”
Rasulullah SAW menangis sambil berkata: “Wahai sahabatku Jibril AS, katakan kepadaku tentang 1/3 lagi umatku.”
Kemudian Jibril AS berkata: “Wahai Muhammad, aku tidak tahu.”
Pada malah “Bara’ah” malaikat Jibril AS datang bertemu dengan Rasulullah SAW dengan berkata: “Wahai Muhammad, ini ada berita gembira bahawa Allah SWT telah memberikan kesemua umatmu yang terdiri dari mereka yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu.”
Malaikat Jibril AS berkata lagi: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu ke langit dan lihatlah apa yang kamu lihat.” Lalu Rasulullah SAW memandang ke langit, di lihatnya pintu langit terbuka dan para malaikat yang terdiri dari langit dunia hingga sampai ke Arsy sedang bersujud memohon keampunan bagi umat Muhammad SAW.
Pada pintu langit pertama terdapat malaikat yang berseru:
“Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang rukuk pada malam ini.”
Pada pintu kedua berseru pula malaikat yang lain:
“Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang bersujud pada malam ini.”
Pada pintu ketiga pula malaikat yang lain berseru:
“Sungguh beruntunglah orang-orang yang berzikir pada malam ini.”
Pada pintu yang keempat malaikat lain berseru pula:
“Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang berdoa kepada Tuhannya pada malam ini.”
Pada pintu yang kelima berseru malaikat lain pula:
“Sungguh beruntung bagi orang-orang yang menangis kerana takutkan Allah SWT pada malam ini.”
Pada pintu yang keenam berseru malaikat yang lain:
“Sungguh beruntung bagi orang-orang yang berbuat baik pada malam ini.”
Dan pada pintu langit yang ketujuh pula berseru malaikat dengan berkata:
“Sungguh beruntung bagi orang-orang yan gmembaca Al-Quran pada Malam ini.”
Berkata malaikat itu lagi: “Kalau ada sesiapa yang berdoa maka doanya itu akan dikabulkan, kalau ada sesiapa yang bertaubat maka taubatnya akan diterima, kalau ada sesiapa yang meminta ampun maka ianya akan diampunkan.”
Bersabda Rasulullah SAW: “Pintu tahmat itu terbuka untuk umatku dari permulaan malam sehingga sampai waktu fajar. Sesungguhnya pada malam ini Allah SWT membebaskan orang-orang dari neraka lebih ramai daripada bilangan bulu kambing milik qabilah Bani Kilaabin.”
Rasulullah SAW telah menyuruh setiap orang baik dari lelaki ataupun perempuan supaya bangun mengerjakan amal ibadat dan berdoa pada malam tersebut, seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Ali, sujudlah kami dan carilah orang-orang lain; wahai Fatimah dan Aisyah sujudlah kamu dan carilah anak-anak dan perempuan-perempuan lain.”
Doa Al-Baraa-ah ialah yang bermakdud:
“Ya Allah, apabila Engkau telah menulis, mencatat namaku sebagai orang yang sengsara dan di tempat orang-orang yang sengsara, maka hapuskanlah dan catakanlah namaku di tempat orang-orang yang bahagia dan apabila Engkau telah mencatat namaku sebagai orang yang bahagia maka tetapkanlah. Sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitabMu yang dimuliakan:” Allah menghapuskan apa-apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (Apa-apa yang Dia kehendaki) dan disisiNya ada kitab yang pokok (Lauh Mahfuz).
Aisyah RA berkata: “Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam pertengahan Syaaban dan mengampuni para hambaNya lebih ramai daripada bilangan bulu kambing milik Qabilah Bani Kalaabin.”

Thursday, July 16, 2009

ISRA MI'RAJ

PERISTIWA ISRA MI'RAJ DAN KEPENTINGANNYA BAGI UMAT

Oleh : AN-NAJM

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Sidang jamaah yang mulia,

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Sidang jamaah yang dikasihi Allah,

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).

Sidang jamaah yang berbahagia,

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.

Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.

Sidang jamaah yang berbahagia,

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Sidang jamaah yang dihormati,

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

(Q.S. An-Nahl: 43).

liverpool oh liverpool...........

actually aku ni bkn la peminat bola sepak..tapi kalo kebetulan hubby aku tgk bola..aku tgk la jgak...hubby aku peminat liverpool...aku penah gak tanya dia..aper yg bagus sgt ngn liverpool ni..dia kata...memang abang minat ngan club ni...sampaikan dia belikan anak dia..umairah....baju liverpool...ajak anak dia main bola sepak kat dalam umah...kdg2 tu dia panggil anak dia ngan nama gerard ataupun torres..bila ader games jer..tak kira la malaysia atau international..dia akan dok kat depan tv tu..bila disuruh..jawaban dia..jap la..sakit ati btul...geram aku..sabtu ni dia g kl..sbb man u lwn malaysia...x bagi..nnti kata aku tak sporting plak..just doakan dia dan kengkawan dia tu selamat pergi dan balik............i love my hubby...

Tuesday, July 14, 2009

kawan baru maira



ini lah anak buah aku yg terbaru..nama dia ..kalo tak silap nama dia Yusuf Basir...comel kan...berat lahir 3.3kg..tarikh lahir 1.7.2009...

rumah saya


ni la bakal rumah saya.......hampir 90% siap..lokasinya....hehehhehe..rahsia.....jangkaan siap bulan september 2009..tak sabar beb nak dok umah sendiri...

Monday, July 13, 2009

iphone idaman.......


la ni mcm2 jenis handphone kat pasaran..dari yg kecik sampai besar gedabak...aku ni kategori peminat hp jgak...minat pda bentuk dan function hp tu.........tp skang ni aku pakai nokia5700..hp ni hubby aku yg belikan..aku syg kat hp ni...tp bukan yg kat gambo atas tu eaaaa...tu LG Dare XV9700...sajer wat display...mana la tau......satu hari nnti aku dapat iphone tu..insyaAllah......

Kelebihan Surah Al Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wallahualam,Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wednesday, July 8, 2009

tolong kengkawan.......

ni add blog member aku..dia wat bisnes tudung sulam tangan..dia wat sendiri..kalo korg berminat tgk la kat blog dia ni.........
www.tudung-baju-sulam.blogspot.

salam.........

hai...lama aku tak masuk blog aku ni...byk keje...biasalaa hjg2 bulan dan awal bulan camni..........buat tuntutan..tutup akaun..mcm2 lagi la....
sekarang ni musim demam..hubby ngn anak aku pun demam..bergilir-gilir..bila maira dah ok..babah dia plak yang demam..alhamdulillah aku masih lagi bertahan...
nak story aper lg yea.......rasanya ni dulu kot..ader keje nak buat..ni curi2 masa tgk blog ni..kalo bos tau..ehheheheh.......jumpa lagi......